Thursday, 22 March 2012

Pakej | Promosi 2012

Assalammualaikum...

Kali ini saya akan bercerita mengenai Pakej | Promosi yang ditawarkan oleh NazHan photoKliks sepanjang tahun 2012. Saya andaikan pakej ini yang TERBAIK untuk semua di luar sana. Harga yang berpatutan dan mampu milik bagi anda mengabadikan kenangan terindah...Oleh itu mari kita tengok-tengok, risik-risik dan melamar pakej yang ditawarkan....
Harga dari serendah RM 777-00....menarik!!!

So, jangan tunggu lama-lama....TEMPAH SEKARANG!!!

P/S: Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis....(Tertakluk pada terma & syarat)

Wednesday, 21 March 2012

Custom Album

Assalammualaikum....semua
Minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk buat saya. Ini kerana saya masih merangkak2, mencari, menyelami ilmu dan mempraktikkan segala apa yang ada dalam menghasilkan sebuah custom album....Ianya tidaklah terlalu senang...dan tidaklah terlalu susah..cuma jika kita tahu cara menggunakan software PShp..dan ada sedikit bakat ditambah dengan skill editing....pasti akan jadi lebih mudah. Berpeluh juga dibuatnya...namun Alhamdulillah..berjaya juga akhirnya...Nak tengok beberapa proses dalam pembikinan custom book?..Jom...tengok...
Ini design yang ke berapa ntah!!! last2 ini jadinya...tak la canggih sangat..namun rasa berbaloi dengan masa, tenaga yang telah dikorbankan....

Namun, jauh disudut hati terdetik..banyak lagi yang perlu aku pelajari...moga diberi kesempatan mendalami ilmu yang tak pernah habis ini....Setiap hari adalah pengalaman..dan pengalaman itu lah guru yang terbaik....!!!!!


Ok..berbalik kepada kerja-kerja pembikinan custom album ini yang telah mengambil masa sekitar 7 - 10 hari, banyak yang telah dapat dipelajari...Kebanyakan rujukan saya ambil dari nota-nota kursus, youtube-tutorial, bertanya dengan kenalan dan selanjutnya imaginasi.....




Okla..setakat ini sahaja untuk kali ini...banyak lagi yang akan saya ceritakan di lain kali....Selepas ini saya akan mengemaskini pakej-pakej fotografi yang menarik untuk anda semua...
Stay w Us..Peace n Luv..Amin





Friday, 16 March 2012

Wedding:Alif & Iza

Pada 25 Feb (Sabtu) yg lalu bertempat di Putrajaya, saya telah membuat satu tugasan untuk mengambil gambar Majlis Akad Nikah/Persandingan, Saudara Mohd Alif & Nur Iza...sebenarnya dia ni bukan org lain pun...adik ipar saya sendiri...bak kata orang...nak mulakan kerja fotografi ni..biar kita mula dengan adik, abang, kakak, sedara mara, ipar duai kita sendiri...supaya kita mudah berurusan dan selanjutnya memberi pengalaman yang terbaik untuk melakukannya. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar.


Pelbagai pengalaman baru yang ditempuhi sepanjang majlis berlangsung...memang best...dan teruja..Ini diantara gambar yang telah diambil sepanjang majlis tersebut...


Selesailah sudah tugasan yang pertama...adir ipar pun dah selamat diijabkabulkan...Tahniah!! kepada Alif & Iza...Selamat Pengantin Baru...Moga kekal hingga ke akhir hayat...Insya'allah...
Itu sahaja untuk kali ini..semoga dapat kita bertemu lagi di lain lembaran...
Stay with Us..Peace n Luv..Amin..

Thursday, 15 March 2012

Salam Perkenalan dari saya...NazHan PhotoKliks

Assalammualaikum w.b.t

Salam pembuka bicara dikala aku mengemaskini laman blog yang tak seberapa ini. Ku kabulkan niat dan hasrat membuka laman blog bagi urusan yang baru ku ceburi ini. Semoga kalian dapat terus bersama menyokong saya & Nazhan photoKliks sampai bila-bila. Insya'allah.
Semoga segalanya akan berjalan lancar dimasa hadapan dan dikurniakan kesihatan yang terbaik, masih lagi punya kudrat untuk mencoretkan sesuatu buat tatapan anda semua di laman ini. Stay With Us...Peace n Luv ....Amin.....

Total Pageviews